Berita

Saya tidak kata ibu bapa di Langkawi gagal kawal anak – Dr. Aishah

DR. AISHAH YUNOS dari Klinik Pakar Aishah menjelaskan beliau tidak menuduh ibu bapa di Langkawi, Kedah gagal mengawal anak mereka.

Sebaliknya, kata beliau, maklumat yang dikeluarkan melalui video itu adalah untuk maklumat semua.

“Saya tidak sama sekali, mengatakan remaja Langkawi bermasalah. Ibu bapa di Langkawi tidak mengawal anak.

“Video yang saya keluarkan adalah maklumat untuk semua. Perlu diingat, Langkawi adalah pusat pelancongan. Saya berjumpa pesakit yang bukan dari Langkawi juga,” katanya respon kepada laporan Suara Merdeka hari ini.

Pautan video Dr. Siti Aishah https://www.facebook.com/750381991650099/videos/822722028246341/?t=2

Dalam laporan itu Dr. Siti Aishah Yunos yang bertugas di sebuah klinik pakar di Langkawi berkata, peningkatan jumlah kes yang diterima pihaknya ketika ini amat membimbangkan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kes yang diterima sehingga kini.

“Apa yang saya dapati di klinik, ramai budak-budak perempuan umur belasan tahun datang dengan ahli keluarga jumpa saya, kenapa? (Sebab) bila pergi tandas (mereka) nak kencing tak boleh.

“Apabila kita check (melakukan pemeriksaan), didapati dekat tempat nak kencing itu penuh dengan luka yang depa (mereka) rasa sakit sangat, sampai nak jalan pun tak boleh,” katanya hari ini.

Menurut beliau, apa yang berlaku sebenarnya adalah anak-anak remaja tersebut menghidap penyakit kelamin yang dinamakan herpes.

Herpes genital adalah penyakit kelamin yang disebabkan virus herpes simplex (HSV).

“Apa luka-luka ini? Ini adalah kebiasaanya satu jenis penyakit dinamakan herpes. Macama mana dia (penyakit ini) datang? Katakan kalau pasangan itu membuat hubungan intim tanpa memakai sebarang alat perlindungan – yang saya maksudkan kondom,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyakit kelamin yang sering menyerang mangsanya bukan sahaja herpes tetapi turut disertai dengan pelbagai penyakit berbahaya lain seperti sifilis, HIV dan lain-lain.

Mereka masih mempunyai pilihan untuk sembuh kerana penyakit-penyakit itu jika tidak dirawat dengan betul akan menyebabkan kematian.

“Penyakit kelamin ini ada bermacam-macam – herpes, sifilis, HIV dan lain-lain lagi.

“Semua ini boleh berjangkit daripada lelaki kepada perempuan atau perempuan kepada lelaki jika mereka melakukan hubungan intim atau hubungan seksual tanpa memakai apa-apa alat perlindungan (kondom),” jelas beliau.

Justeru, beliau menasihatkan mereka yang dijangkiti penyakit tersebut supaya segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Jika ada masalah ini tolong datang jumpa doktor dengan cepat,” katanya sambil meminta ibu bapa yang mengetahui anak-anak mereka berhadapan masalah tersebut agar turut melakukan tindakan sama.

Katanya, beliau perlu memberi penjelasan tentang perkara itu bagi memastikan tiada lagi anak-anak muda menjadi mangsa penyakit tersebut akibat daripada kekurangan ilmu dan kesilapan diri sendiri.

“Minta maaf ibu bapa dan rakyat Malaysia yang merasakan topik ini tak patut dibincangkan tetapi saya rasa perlu mengutarakan masalah ini kerana saya menerima kesan akhirnya,” kata beliau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button