Hiburan

Almy Nadia masuk hospital, belum tahu apa punca

Almy Nadia yang juga isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz dikhabarkan sedang menjalani rawatan di hospital selepas mengadu sakit perut.

Fizz Fairuz menerusi akaun Instagramnya juga turut memuatnaik gambar isterinya yang sedang menerima rawatan di hospital.

Namun, Fizz berkata dia sendiri belum tahu apa punya penyakit yang dialami isterinya itu.

BACA> Zimi Sofazr ceraik talak satu guna Whatsapp

“Almy telah dimasukkan ke hospital semalam. Hari ini baru buat pemeriksaan. Buat masa sekarang tak tahu lagi Almy sakit apa dalam perut dia. Harini baru nak buat endoskopi,” katanya seperti dilaporkan Gempak.

Dalam pada itu, Fizz turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan Almy dipermudahkan dan disembuhkan dari penyakit.

“Semoga dipermudahkan. Segala penyakit, ada penghapus dosa-dosa kita. Insya-Allah doa dari semua akan menyembuhkan isteri saya,” katanya.

BACA> Cinta ditolak wanita celik, Fendy Caliph Buskers bikin lagu

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11. -SM

(Visited 789 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button