Hiburan

‘Kita susah, tetapi ada lebih susah’

‘Kita susah, tetapi ada lebih susah’ itulah nasihat daripada aktres veteran, Fauziah Nawi.

Para penggiat seni dan karyawan termasuk pelakon dan penyanyi perlu bersifat positif dan berlapang dada dalam mengharungi tempoh sukar akibat serangan Koronavirus (Covid-19).

Pelbagai sektor terjejas teruk akibat serangan pandemik itu menyebabkan negara perlu melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Akibat pelaksanaan perintah tersebut hampir semua operasi ekonomi terpaksa ditutup menyebabkan sebahagian rakyat Malaysia hilang sumber pendapatan.

Malah, industri hiburan tidak terkecuali dalam kemarau ini apabila sekatan terhadap penggambaran, perhimpunan ramai bagi tujuan konsert turut dikenakan.

BACA > Risau keselamatan keluarga, Beckham bina terowong bawah rumah — Suara Merdeka

Fauziah dalam nasihatnya mengingatkan rakan-rakan karyawannya supaya muhasabah diri.

Malah beliau turut menyatakan supaya sentiasa beranggapan bahawa ada oang lain yang lebih susah.

“Tak ada. Saya tidak sambut raya sebab fasal PKP dan satu lagi kerana anak saya (Pitt Hanif) sudah tak ada, jadi itulah.”

“Bila tiba dia (arwah) ‘pulang’, inspirasinya saya harus menjadi lebih kuat, teguh dan menerima segala seadanya. Walaupun dalam keadaan ini, saya masih lagi boleh bekerja.

“Arwah emak dan bapak ajar, dimana kita duduk disitulah kampung kita.”

Katanya menasihatkan rakan-rakan persis seorang kakak kepada adik dan ibu kepada anak-anak.

BACA > Lagu ‘samba’ redakan tekanan COVID-19 di Brazil — Suara Merdeka

Fauziah Nawi dikunjungi Suara Merdeka semalam di kediamannya sempena program Ziarah Prihatin Prihatin yang dikunjungi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Turut serta dalam ziarah itu adalah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Zakaria Abd. Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Hadir sama ahli lembaga pengarah Finas, Datuk Seri Eizlan Yusof dalam lawatan ke atas tiga orang artis veteran iaitu Fauziah, Mimi Loma dan Abu Bakar Juah.

Dalam lawatan itu, Saifuddin memberitahun pihaknya dan Finas sedang merancang pelan jangka pendek dan panjang dalam tempoh enam bulan.

Katanya, bermula Jun hingga akhir tahun ini, beliau mengharapkan aktiviti penggambaran drama dan filem dapat dirancakkan semula agar dapat memberi pekerjaan kepada semua selebriti dan kru penerbitan.

Perancangan itu diharap dapat dilaksanakan selepas industri hiburan turut menerima suntikan dana menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

BACA > Langkawi Skycab kembali beroperasi, tawar potongan harga tiket — Suara Merdeka

Beliau turut menyatakan akan melihat semula semua pertubuhan dan yayasan berkaitan seni dengan menyemak pengurusan dan status kewangan bagi memastikan fungsinya dapat diteruskan. – SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button