Hiburan

Risau keselamatan keluarga, Beckham bina terowong bawah rumah

BEKAS pemain bola sepak England David Beckham akhirnya berjaya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membina terowong rahsia di rumah agamnya di Cotswold, England.

Suami kepada Victoria itu perlu membina terowong dalam masa tiga tahun dan jika gagal, dia perlu membuat permohonan sekali lagi serta berkemungkinan akan ditolak.

Terowong rahsia itu dirancang Beckham untuk menghubungkan kediaman utamanya ke kawasan garaj yang menempatkan kenderaan mewahnya.

“Selain terowong, saya juga bercadang untuk membina pintu gerbang masuk ke rumahnya berserta dengan pengawal keselamatan dan jumlah tersebut mencecah RM31.6 juta.

“Namun, kelulusan yang diberikan pihak berkuasa hanya terhad kepada terowong manakala dua lagi projek masih diperingkat penilaian,” katanya seperti dilaporkan The Sun.

Beckham mahu melakukan dua projek tersebut kerana khuatir selepas mendengar kisah rumah pemain Tottenham, Dele Alli yang dimasuki perompak bersenjata.

Dalam kejadian itu, Alli cedera di tangan selepas dipukul dua penyamun yang mahu mencuri perhiasan dan jam tangan mewahnya.

“Kejadian tersebut yang membuat Beckham risau apatah lagi dia kini tidak keluar dari kediamannya untuk mengelak daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Terowong bawah tanah bukan sesuatu yang baru di kalangan selebriti apatah lagi sebelum ini penyanyi Ed Sheeran sudah membinanya pada 2017.

Terowong itu dipercayai menghubungkan rumahnya di Suffolk ke sebuah pub rahsia yang hanya dihadiri tetamu jemputan. -SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button