BeritaPendidikan

Aspek kebersamaan perlu diamal semua kakitangan UniMAP

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa aspek ‘Kebersamaan’ harus dijadikan amalan oleh seluruh warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam menghadapi cabaran dunia yang serba ‘Volatile, Uncertain, Complex dan Ambiguous (VUCA)’ iaitu dunia yang sukar dijangka. ‘Kebersamaan’ yang dimaksudkan adalah bukan sahaja di kalangan warga UniMAP semata-mata sebaliknya menerusi kerjasama industri, pihak komuniti, institusi ilmu lain, pihak kerajaan dan persekitaran bagi memastikan UniMAP sentiasa kekal maju.

Terang baginda, ‘Kebersamaan’ merupakan antara elemen penting dalam usaha mencapai objektif sesebuah organisasi. Hidup di dalam organisasi mengajar warganya tentang erti kerjasama, perpaduan dan bertolak ansur. Ini kerana kejayaan dan kecemerlangan organisasi itu terletak pada perpaduan di kalangan anggotanya’.

Demikian titah Tuanku Raja Muda selaku Tuanku Canselor ketika berkenan berangkat
merasmikan ‘Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG), UniMAP, Tahun 2020 yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, Kampud Alam UniMAP, Pauh Putra.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Pro Canselor disambut oleh Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, walaupun dunia kini mengalami perubahan yang sukar berikutan COVID-19, harapan baginda agar semua warga UniMAP tetap bersatu hati dalam usaha memastikan kecemerlangan universiti itu sentiasa diberikan keutamaan bertepatan tema majlis ASG-2020 pada kali ini iaitu “Kebersamaan Sejagat”.

Dalam pada itu, Badlishah memaklumkan bahawa majlis tahunan ASG UniMAP ini dianjurkan bagi menzahirkan penghargaan kepada staf universiti berkenaan yang cemerlang dalam aspek perkhidmatan dan juga sumbangan dalam meningkatkan nama universiti agar lebih gah dan dikenali oleh komuniti setempat dan juga antarabangsa.

Pada ASG-2020 ini, seramai 137 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berupa ganjaran RM1000 dan sijil manakala 29 lagi menerima Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang masing-masing membawa pulang RM500 dan sijil.

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button