BeritaNasional

Kisah si penipu guna anak kecil raih simpati

DALAM menempuh kehidupan yang sangat mencabar dan serba canggih sekarang, pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan wang.

Ada yang berusaha membuka perniagaan sendiri,  ada pula sanggup melupakan masa rehat kerana bekerja lebih masa dan tidak kurang lebih selesa menjadi pemandu grab atau sebagainya.

Di ketika orang lain bertungkus-lumus merencanakan kewangan demi kelangsungan kehidupan pada masa akan datang, ada manusia yang sanggup menggunakan gambar anak-anak kecil penghidap pelbagai penyakit kronik bagi meraih simpati untuk kepentingan peribadinya.

Perkara itu didedahkan oleh seorang netizen dalam Facebook yang menggunakan nama Atras Haji Yahya melalui pemerhatiannya selama ini.

Walaupun penipuan menerusi media sosial seumpama ini pernah dibangkitkan, malangnya ketiadaan tindakan tegas mendorong lebih ramai individu lain turut mengambil kesempatan.

Menurut Atras, dia mendapati seorang ‘bapa’  bernama Saifudin yang sering meminta derma bagi mengubati penyakit kronik anaknya, adalah seorang penipu (scammer) berdasarkan modus operandi yang digunakan dalam media sosial.

Rahsia itu terbongkar apabila Saifudin dalam satu masa memohon derma menggunakan gambar ‘anak’ dengan penyakit berbeza-beza.

Malah, untuk lebih meyakinkan warga maya, lelaki itu menipu dengan berpura-pura bahawa kisahnya telah disiarkan dalam portal-portal berita sedangkan hakikatnya laman-laman portal berkenaan dihasilkan sendiri (meniru).

Berikut pendedahan Atras:

“Aku syak anak-anak En. Saifudin ni memang semuanya berpenyakit ye.

“Hati hati la korang yang suka share (kongsi) konon nak jadi orang pertama share (kongsi).

“Orang pertama sedekah amal jariah.

“Padahal scammer (penipu) duk goyang texxx kat rumah kira duit masuk dalam acc (akaun).

“Wahai En. Saifudin. berapa ramai anak hang sakit noh.. semua extrem tu… senang buat duit.

“Sedarlah wahai netizen. jangan mudah terpedaya. Semua nombor akaun sama. Semua anak dia ke? Tak pelik?

bapa kepada adik jufaira…
bapa kepada adik fattah…
bapa kepada adik ikhwan..
BAPA KEPALA HOTAK KAU! SCAMMER!

Menurut Atras, maklumat begini yang perlu ditularkan bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak terus tertipu lagi.

Mereka yang membaca ‘rayuan’ Saifudin turut diminta membuat laporan kepada pihak berwajib.

(Visited 477 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button