Hiburan

Promosi ‘scammer’, Noor Khiriah minta peniaga jadi jujur

RAMAI yang sedar bahawa media sosial kini sudah menjadi satu daripada kaedah pemasaran yang terbaik bagi sesuatu produk.

Disebabkan itu juga, ramai yang mengejar pengikut terutamanya di akaun Instagram bagi melayakkan mereka untuk mempromosikan produk seseorang dengan jumlah bayaran tertentu.

Bukan sahaja Instafamous, golongan selebriti juga kini sudah ramai yang menjana pendapatan dengan menggunakan akaun mereka sebagai ruang untuk mempromosikan produk.

Namun, pelakon, Noor Khiriah memberitahu yang peluang untuk mempromosikan peniagaan atau produk seseorang itu telah disalah gunakan oleh mereka yang menipu (scammer).

Menurut Noor Khiriah, dia tidak sangka telah mempromosikan perniagaan penipu kerana beranggapan bahawa semua yang memintanya membuat promosi produk adalah sah dan tidak melibatkan aktiviti penipuan.

“Saya nak beritahu kepada sesiapa yang nak ‘review’ produk dengan saya, tolong jujur dan jangan menipu.

“Saya tidak tahu latar belakang anda. Saya cuma muat naik apa yang anda bagi dan rupa-rupanya ada penipu,” katanya.

Pelakon filem Papadom itu turut meminta supaya peniaga mempunyai hati dah perut dan tidak menipu dengan perniagaan mereka.

“Saya tidak mampu nak semak satu persatu. Sebab itu saya dah kurangkan buat ‘review’ kerana inilah puncanya. Ada yang tidak jujur dan menipu,” jelasnya. -SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button