AgamaLuar Negara

Arab Saudi khaskan 4 lapangan terbang untuk terima jemaah haji

PIHAK berkuasa Penerbangan Awam Saudi (GACA) mengumumkan senarai empat lapangan terbang yang dikhaskan untuk menerima jemaah haji bagi musim haji 1443 Hijrah, lapor akhbar Mesir, Elwatan.

GACA menerusi surat edarannya kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu menyatakan, lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif diluluskan untuk pergerakan jemaah haji sahaja.

Sehubungan itu, pemegang visa bukan haji tidak lagi dibenarkan memasuki Arab Saudi melalui empat lapangan terbang berkenaan untuk tempoh 10 Zulkaedah (10 Jun) hingga 10 Zulhijjah 1443H (10 Julai 2022).

Memetik Jeddah Airports Company, akhbar itu melaporkan, larangan perjalanan bagi pemegang visa lawatan, komersial dan visa pelancong ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah berkuat kuasa 10 Zulkaedah hingga 10 Zulhijjah 1443H. – SM

(Visited 43 times, 2 visits today)


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button