Luar Negara

Rusia kesan jangkitan subvarian Omicron

SUBVARIAN Covid-19 Omicron yang lebih mudah menular dilaporkan merebak di Rusia.

Ketua penyelidikan genom di Institut Penyelidikan Pusat Epidemiologi Rospotrebnadzor, Kamil Khafizov memberitahu, dua makmal kebangsaan telah menyerahkan sampel genom virus jenis BA.4 ke pangkalan data VGARus.

“Sampel diperoleh pada akhir Mei lalu,” kata Khafizov.

Bagaimanapun, saintis itu memaklumkan subvarian BA.2 masih menyumbang 95% daripada semua kes baharu di Rusia.

“Beberapa kajian yang diterbitkan baru-baru ini mendedahkan subvarian yang dikenali sebagai BA.4 dan BA.5, lebih mudah berjangkit berbanding Omicron asal,” katanya.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Mei bahawa Omicron BA.4 dan BA.5 mendorong peningkatan kes di negara dengan kadar pemberian vaksin rendah, meskipun subvarian BA.2 kekal dominan di seluruh dunia. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button