Ekonomi

Apple lancarkan iOS beta 14 dengan pelbagai ciri menarik

BUAT pertama kali Apple melancarkan perisian iOS Beta 14 dan iPadOS 14 yang kini sudah boleh dimuat turun oleh penggunanya.

Versi awam beta 1 iOS 14 an iPadOS 14 memberikan pelbagai penampilan baharu untuk iPhone dan IPod Touch serta yang berkaitan dengan iPad.

Versi baharu iOS ini sesuai dengan model iPhone dan IPod Touch yang serasi dengan iOS 13. Untuk pengguna iPad, pelancarannya akan ditumpukan khusus untuk model yang pada ini menggunakan iPadOS 13.

Ciri-ciri iOS 14

Perubahan utama yang anda dapat lihat setelah mendapatkan beta awam pertama iOS 14 ialah paparan yang direka semula yang mempunyai App Library untuk melihat pelbagai app dengan hanya satu skrin.

Ini juga sebagai sokongan untuk menambah widget ke pemuka laman utama yang merupakan tarikan utama ketika Apple melancarkan iOS 14 bulan lalu.

Lagi pula anda boleh menghasilkan widget Smart Stack yang menggunakan algoritma dalam peranti untuk menampilkan widget berdasarkan masa, lokasi dan aktiviti.

Di samping perumahan pada skrin laman utama, versi baharu iOS juga menaik taraf Siti yang pertama kali datang dengan rekaan compak serba baharu.

Apple juga menawarkan rekaan yang sama untuk penggilan masuk yang mana daripada memenuhi semua skrin dengan hanya muncul di bahagian atas.

Lagi pula ada sokongan untuk gambar dalam gambar (PiP) dan app untuk kemas kini pesanan dengan pengalaman untuk pesanan atau mesej berkumpulan.

Juga terdapat pilihan memoji baharu dengan tambahan gaya rambut, hiasan kepala dan menutup muka.

IiOS 14 yang dinaik taraf juga membawakan versi baharu peta Apple dan pelayar Safari. Anda juga pasti tertarik dengan ciri privasi termasuk memudahkan app untuk akses kepada mikrofon dan kamera serta clipboard.

Malah terdapat banyak perubahan dan ciri baharu yang anda pasti akan perasan selepas mula mengguna perisian versi baharu ini.

Bagaimana memuat turn iOS 14?

Anda perlu daftar dengan program perisian Apple Beta dengan Apple ID anda bagi memulakan iOS 14 atau iPadOS 14 beta publik ini.

Bahagian soalan lazim (FAQ) juga boleh didapati di laman web untuk menjawab semua persoalan berkaitan program Beta.

Juga disyorkan untuk memuat turun pelepasan beta di peranti kedua kerana anda akan berhadapan dengan beberapa isu dan bug.

Juga akan perlu back up data anda sebelum memulakan proses muat turun di iPhone, iPod Touch atau iPad.

Selepas anda daftar di program perisian Beta Appale, pergi ke  Settings > General > Software Update di peranti anda untuk memuat turun kemas kininya.

Peranti perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus bateri atau disambung ke pengecaj untuk memuat masuk pakej baharu ini. – Gadjet 360

 

 

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button