Ekonomi

Ringgit terus meningkat banding dolar AS

Ringgit meneruskan momentum positifnya, pagi ini, meningkat sebanyak 0.38% berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urusniaga, sekali gus mencerminkan sentimen menggalakkan selepas kemelut politik semasa dalam negara selesai.

Selain itu, pasaran turut mengambil petunjuk daripada isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai penurunan dalam kenaikan kadar.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan terus menambah nilai kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4910/5000.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pergerakan aktif dalam pasaran saham Malaysia berikutan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia ke-10, turut membantu ringgit untuk menarik pelabur asing.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di Istana Negara, semalam.

“Bagaimanapun, pemacu sentimen utama pada masa hadapan ialah kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan seperti yang terkandung dalam minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC),” katanya kepada BERNAMA.

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button