Berita GajetEkonomiGajet

Canon memperluas rangkaian Inkjet perniagaan dengan MAXIFY GX5070

Canon memperluaskan rangkaian siri Maxify Ink Efficient dengan pencetak inkjet perniagaan tangki dakwat boleh  isi semula baharu, gabungan kos pencetakan yang rendah dengan kelajuan, kebolehan pengendalian kertas dan perangkaian untuk meningkatkan produktiviti pejabat dan perniagaan.

Penambahan terbaru ini akan melengkapi siri rangkaian MAXIFY GX iaitu GX6070 dan GX7070, model semua-dalam-satu yang telah terdapat di pasaran Malaysia.

Tangki dakwat yang besar dan isi padu yang tinggi mengekalkan kos pencetakan yang rendah. Set penuh dakwat berupaya mencetak 14,000 muka surat berwarna atau 6,000 muka surat dalam skala kelabu dari sebuah botol dakwat hitam.

Bagi perniagaan yang perlu mencetak lebih tanpa menjejaskan kualiti cetakan, mod ekonomi membantu memberi lebih penjimatan dengan 21,000 dan 9,000 muka surat berwarna dan skala kelabu.

Pencetak MAXIFY GX5070 menawarkan kesesuaian dengan pelbagai jenis media.


Kelebihan  mencetak ke atas pelbagai jenis tekstur dan permukaan cetakan, mengurangkan keperluan
perniagaan untuk memiliki pencetak-pencetak berbeza apabila ingin menukar antara sampul surat, label, kertas bersalut dan kertas rentang sehingga 1.2 m panjang.

Cetakan Kalis Air Mencegah Comotan

Penggunaan dakwat pigmen menghasilkan cetakan kalis air pada kertas biasa, memberi kualiti seakan cetakan laser.

Teks, bar dan carta warna akan mencegah comotan apabila bersentuh dengan pen penyerlah, manakala tempias air hujan dan tumpahan air yang tidak disengajakan boleh kering tanpa kebocoran warna pada kandungan yang dicetak.

MAXIFY GX5070 berupaya menghasilkan pencetakan 2 sisi dan menawarkan kelajuan cetakan yang pantas untuk pencetakan volum tinggi, digabungkan dengan kapasiti muatan kertas sehingga 350 helai, seterusnya mengurangkan masa untuk pengisian semula kertas.

Pencetak ini didatangkan dengan katrij penyenggaraan yang boleh diganti sendiri oleh pengguna dan boleh dibeli dengan mudah melalui kaunter di kedai-kedai IT. Ini mengurangkan kebarangkalian untuk pencetak perlu dihantar untuk penyenggaraan, memberi lebih kemudahan kepada pengguna, memudahkan penyenggaraan dan mengurangkan tempoh henti mencetak.

Bersize Kompak, Menjimatkan Ruang

Pemilik pejabat di rumah atau perniagaan kecil boleh memanfaatkan ruang yang terhad dengan
pencetak kompak ini yang boleh diletakkan samada di kaunter jualan, meja penyambut tetamu
atau di atas rak untuk menjimatkan ruang.

Kekal Terhubung dan Dilindungi Sepanjang Masa MAXIFY GX5070 direka dengan mengambil kira keperluan perniagaan moden dan pejabat di rumah, cukup fleksible untuk diletakkan di ruangan pejabat kerana ia dapat menyokong  rangkaian berwayar, serta ketersambungan tanpa wayar.

Ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi memastikan perlindungan dokumen sensitif dan sambungan yang selamat dari pencetak ke rangkaian tanpa wayar dengan WPA- Enterprise.

Pengguna boleh memasang dan mengendalikan pencetak tersebut dengan menggunakan aplikasi mudah alih percuma Canon PRINT Inkjet/SELPHY, serta mencetak dari cloud. – SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button