Politik

Apa perlunya saya diampun jika tidak bersalah?

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berasa pelik dengan tindakan sebuah badan bukan kerajaan yang menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya memberikan pengampunan terhadap dirinya.

Bekas perdana menteri itu berkata, tiada keperluan untuk beliau diampunkan kerana tidak bersalah.

Najib menegaskan dia mahu semua pertuduhan terhadap beliau dibersihkan melalui mahkamah.

“Saya ulang… Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ianya satu-satu cara sahaja untuk bersihkan nama saya sepenuhnya.

“Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campurtangan politik.

“Saya amat yakin saya tidak bersalah. Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah? Berani kerana benar,” kata Najib di Facebooknya.

Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) hari ini menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya memberikan pengampunan terhadap Najib.

NGO itu turut memohon supaya Najib dilantik menjadi perdana menteri sementara.

“Saya berterima kasih pada NGO ini sebab mengambil berat pada saya tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada Istana pagi tadi,” jelas Najib.

Dalam sidang akhbar, Pengerusi PSUM Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz berkata Najib mempunyai kelayakan dan mempunyai kepercayaan daripada Yang di_Pertuan Agong dan merupakan salah seorang daripada Orang Besar Berempat Pahang

Najib juga, katanya, secara konsisten memberikan nasihat kepada kerajaan bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat dan layak dilantik menjadi perdana menteri semula.

Pertubuhan itu bagaimanapun menyatakan mereka tidak memaklumkan tindakan menghantar petisyen tersebut kepada Najib terlebih dahulu.-SM

 

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button