Politik

Pembubaran Parlimen tidak perlu disegerakan – Hadi

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh  terdekat adalah tidak wajar.
Katanya, ia tidak perlu disegerakan kerana mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.
“Pas tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah, bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan.
“Pas berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis Ter­ting­gi (MT) UMNO pada 30 September lalu sepakat memutuskan PRU15 perlu diadakan tahun ini juga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga kemudiannya memberi bayangan akan membuat keputusan selari dengan MT UMNO itu.

Ura-ura Ismail Sabri untuk memuktamadkan keputusan pimpinan MT UMNO juga semakin kuat berlegar-legar apabila satu Perjumpaan Khas Presiden UMNO dan Perdana Menteri bersama sayap-sayap parti diadakan hari ini.

Perjumpaan tersebut adalah isyarat jelas PRU15 boleh diadakan bila-bila masa kerana hal tersebut dipercayai bagi mendesak diadakan segera pilihan raya umum.

Kemungkinan itu semakin jelas apabila hari pertama persidangan Dewan Rakyat semalam tertumpu kepada kesiapsiagaan agensi kerajaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir. – SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button