Politik

Tawaran PN di Selangor

1. Malam semalam, Perikatan Nasional telah membentangkan Manifesto Tawaran PN kepada Rakyat Negeri Selangor di Shah Alam.

Terdapat 7 Tunjang keseluruhan yang meliputi pelbagai perkara untuk Anak Muda, Wanita, Keluarga, Imam serta Tok Siak Masjid.

2. Perkara-perkara yang paling menarik ialah ;

(i). Tawaran Air Percuma kepada rumah kediaman di Negeri Selangor sekiranya Perikatan Nasional menang pada PRN ini,

(ii). Bantuan Geran dan Bantuan Pinjaman perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil yang berhadapan dengan kemelut kelembapan Ekonomi Negara,

(iii). Bantuan kewangan kepada Warga Emas, OKU, Orang yang meninggal dunia dan isteri yang kematian suami ataupun bercerai hidup bagi membantu mereka membina hidup baru,

(iv). Peruntukkan untuk Anak-anak muda dalam Sukan,

(v). Pertambahan Elaun bulanan kepada Imam Masjid RM1,700-00, Bilal RM800-00, Tok Siak RM600-00 dan Nazir RM600-00 serta bantuan kepada Sekolah-Sekolah Agama,

(vi). Membatalkan caj parking kereta Majlis Perbandaran di kawasan-kawasan luar bandar di Utara Selangor dan memberikan Lesen Fee percuma 5 tahun kepada peniaga-peniaga penjaja, gerai dan pasar serta memberikan pinjaman tanpa faedah dengan peruntukkan RM50 juta kepada operator Food-Trak memulakan perniagaan mereka, sebagai usaha membantu golongan ini mencari nafkah yang halal ketika berhadapan dengan Ekonomi Negara yang tidak mementu, dan

(vii). Inisiatif Selangor Perihatin Anak Sekolah, dengan menawarkan bantuan RM100-00 sebulan untuk tambang bas kepada 20,000 anak Selangor daripada keluarga yang memerlukan, bagi membantu meringankan kos sara hidup mereka.

3. Pelbagai tawaran-tawaran yang menarik dari Perikatan Nasional ini, benar-benar membuktikan keperihatinan PN terhadap kebajikan dan kesusahan Rakyat yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi serta ekonomi negara yang lembab.

Sesungguhnya ini satu tawaran yang amat menarik dan istimewa yang perlu dipertimbangkan oleh Rakyat Negeri Selangor dalam Pilihanraya Negeri ini.

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button