Politik

Agong berkenan mesyuarat pra-Kabinet menerusi sidang video

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan mengadakan sesi pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video di Istana Negara, hari ini.

Menurut Facebook rasmi Istana Negara, sesi persidangan video itu julung kali diadakan untuk mesyuarat pra-Kabinet. Ini berikutan penguatkuasaan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung pandemik Covid-19.

Seri Paduka Baginda juga turut berkenan supaya mesyuarat pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP  berjalan. Sidang video itu digunakan oleh  Al-Sultan Abdullah  untuk berbincang dengan Perdana Menteri khususnya berkenaan isu-isu semasa.

“Ini mencerminkan keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat kerana secara lazimnya Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat pra-Kabinet. Daulat Tuanku,” kata kenyataan tersebut.

Perdana Menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra Kabinet setiap kali sebelum mesyuarat Kabinet diadakan.-SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button