Nasional

Anwar setuju tidak perlu ada tekanan dalam peralihan kuasa – Dr Mahathir

PERALIHAN kepimpinan adalah antara isu utama yang dibincangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir berkata, Anwar telah bersetuju bahawa seharusnya tidak perlu banyak tekanan daripada pelbagai pihak yang memberi saranan seperti tarikh peralihan kuasa.

“Beliau (Anwar) memahami masalah yang dihadapi (oleh negara) dan tidak perlu terlalu banyak tekanan daripada orang ramai yang membuat pelbagai cadangan seperti tarikh peralihan,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai perbincangan antara beliau dan Anwar semasa pertemuan mereka sebelum merasmikan prapelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dalam laman Facebook beliau menyatakan pertemuannya bersama Dr Mahathir berlangsung selama 30 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Menurut Anwar, pendirian Tun Dr Mahathir dan beliau berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) dan dijanjikan berulang kali oleh perdana menteri.

Beliau berkata mereka juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang dari persetujuan tersebut atau menggunakan namanya dan Perdana Menteri dalam mana-mana muslihat.

“Saya memaklumkan isu peralihan kuasa ini perlu dilakukan secara aman dan teratur dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama,” kata Anwar.

Menurut Anwar, mereka juga bersetuju untuk menumpukan perhatian pada pertumbuhan ekonomi dan penyediaan ke arah penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). – BERNAMA

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button