BeritaNasional

Peguam saman Lembaga Pengampunan, Anwar Ibrahim

SEORANG peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saman itu antara lain mencabar nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018 oleh Lembaga Pengampunan.

“Antara lain saya ingin mempersoalkan komposisi Lembaga Pengampunan ketika itu yang ditubuhkan secara salah dan tidak menepati keperluan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa sebagai pihak terkesan dalam isu ini, maka saya mempunyai hak untuk mengemukakan persoalan ini kepada mahkamah bagi mendapatkan kepastian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Mohd. Khairul Azam, beliau telah mengarahkan peguam cara, Tetuan Raja Riza & Associates untuk mengambil tindakan tersebut.

Mohd. Khairul Azam juga adalah Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button