Nasional

Sarawak sasar semua penduduk divaksin sebelum Ogos ini

KERAJAAN Negeri Sarawak berusaha untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada semua penduduknya sebelum Ogos ini.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu dibincangkan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sewaktu pertemuan dengannya di Kuching.

Bagi mencapai sasaran tersebut, sejumlah 45,000 orang penduduk perlu disuntik sehari.

“Dengan kadar purata tersebut ini akan membolehkan kita selesaikan pemberian vaksin kepada penduduk negeri Sarawak sebelum akhir bulan Ogos,” katanya.

“Kapasiti tenaga kerja akan ditingkatkan dengan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang diperlukan untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin di Sarawak,” tambahnya pada sidang media bersama Douglas Uggah hari ini.


Antara strategi adalah membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri di kawasan perindustrian dan kilang mempercepatkan program vaksinasi di negeri tersebut.

PPV Industri terbabit akan diselia oleh sebuah jawatankuasa kerja bagi untuk tujuan penyelarasan.

“Kita telah membincangkan keperluan untuk membuka PPV Industri bagi kawasan-kawasan kilang dan juga PPV Industri di kawasan-kawasan perladangan iaitu untuk pekerja ladang,” katanya.-SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button