NasionalPolitik

Orang politik `don’t interfere’!

Komentar

MASIH ingat tak kita lagi dengan peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun tahun ini bahawa sudah tiba masanya untuk penjawat awam menjadi golongan berkecuali dan perlu bebas dari mengikatkan diri dengan parti memerintah?

Penegasan itu dibuat Perdana Menteri di hadapan kira-kira 500 penjawat awam negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

Tapi apa sudah jadi ya apabila ramai orang politik daripada parti-parti gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tiba-tiba boleh bertenggek’ ataumengendeng’ dalam agensi-agensi kerajaan berorientasikan kepentingan rakyat ini?

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mempersoalkan jika penganugerahan kontrak bernilai RM1.4 bilion kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ada kaitan dengan pimpinan NAFAS dengan ahli Jemaah pengarah NAFAS itu sendiri terdiri daripada pemimpin parti politik, Parti Amanah Negara (PAN).

“Bukan seorang tetapi ramai lagi pemimpin politik berada dalam NAFAS atas lantikan politik.

“Adakah ini bentuk kronisme yang sedang diamalkan oleh Malaysia Baharu? Saya turut meminta Kementerian menyatakan jumlah tempahan bilik hotel yang direkodkan atas nama NAFAS sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini. Amatlah musykil apabila pimpinan NAFAS mengenakan pakaian berwarna oren yang sinonim dengan satu parti politik, tambahan pula dalam suasana kempen pilihan raya,” kata Ka Siong.

Ka Sioang turut membacakan beberapa nama pengurusan tertinggi NAFAS termasuk Pengerusinya yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi.

Dalam senario kerajaan PH yang baru ‘setahun enam bulan’ ini, memang wajarlah kakitangan awam peringkat tinggi ubah sikap mereka. Kalau dulu kakitangan awam terlibat dalam kegiatan politik, elok sajalah hari ini mereka patuhi peringatan Dr. Mahathir 10 Jun lalu itu.

Jangan cakap tidak serupa bikin. Berdegar-dengar mahukan anggota dalam perkhidmatan awam bebas daripada mengikat diri dengan parti politik, waima parti yang sedang memerintah. Tetapi malangnya orang belaan parti dibawa masuk ke kementerian atay agensi melalui pintu belakang.

Don’t interfere. Biar ahli politik selesaikan. Jangan ada lagi tukang-tukang adu domba yang hanya semarakkan lagi keraguan dan syak wasangka.

Kita tentu tidak suka orang yang cuba bangkitkan semula kisah-kisah lama. Cukup-cukuplah jadi tukang jolok dan batu api selama ini.

  • SUARA MERDEKA

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button