Politik

Anwar PM8: Khalid Samad mahu Bersatu tunai janji

PENGARAH Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad terus mendesak Bersatu agar menunaikan janji penyerahan jawatan Perdana Menteri kelapan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu ciapan di Twitternya, Khalid menegaskan Anwar perlu diberikan peluang untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, jawatan perdana menteri tidak boleh diwarisi atau diserahkan begitu sahaja sebaliknya memerlukan sokongan ahli Parlimen.

“Tun letak jawatan. Dijadikan PM interim. Beri peluang DSAI bukti ada sokongan untuk menjadi PM ke 8. Ianya jawatan yang tak boleh diwariskan atau diserah begitu saja. Mesti dapat sokongan majoriti MP.

“Harap PPBM tunaikan janji. Tun PM ke-7, DSAI PM ke-8,” ciap Khalid.

Isnin lalu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengadakan mesyuarat tergempar berikutan peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan untuk mencalonkan semula Dr Mahathir menjadi perdana menteri.-SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button