Politik

Annuar Musa bukti ketaatan beliau kepada UMNO

KETIKA menganggotai kabinet Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa dituduh sebagai pengkhianat kerana melebihkan kerajaan berbanding partinya UMNO.

Ramai yang menjangkakan beliau akan bertanding melawan Barisan Nasional (BN) di Ketereh. Namun jangkaan itu meleset.

Annuar memilih untuk kekal bersama UMNO bahkan berkempen untuk calon BN termasuk di Ketereh sendiri.

Annuar dalam wawancara Tv Pertiwi menjelaskan beliau sanggup menjadi orang kecil demi menyelamatkan bahtera, daripada cuba menjadi orang besar dengan menebuk bahtera sehingga karam.

Beliau juga menceritakan bagaimana ketika Tengku Razaleigh Hamzah berkrisis dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau juga dijemput menyertai Semangat 46, tetapi beliau menolaknya.


Menurut Annuar prinsip yang dipegangnya jelas dan beliau tetap percaya dengan UMNO, manakala pemimpin datang dan pergi.

Pada pilihan raya ketika itu beliau tewas kepada Mat Sabu di Ketereh. Beliau dihukum oleh pengundi kerana dicap sebagai tidak setia kepada Kelantan.

Begitu juga situasi yang sama berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan Dr. Mahathir. Annuar kekal dengan pendirian yang sama.

Menurut Annuar, beliau datang dari  keluarga kampung dan menyertai politik secara sukarela menjadikan UMNO sebagai pilihan.

Justeru itu beliau akan kekal bersama UMNO dalam apa jua keadaan.

 

 

 

(Visited 157 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button