NasionalNegeri

Anak muda antara 10 RPKP terima bantuan peralatan FAMA

Seorang anak muda berusia 25 tahun antara 10 Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran ( RPKP) dipilih menerima bantuan peralatan lepas tuai bernilai RM10,000 oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis.

Bantuan peralatan ini berupa khemah, bakul, penimbang dan kereta sorong ini bernilai RM1,000.

Shahrizan (dua dari kanan) semasa menyampaikan bantuan peralatan lepas tuai kepada salah seorang penerima di PPL Taman Pauh Indah, Pauh, Arau, Perlis.

Ia disampaikan oleh Pengarah FAMA, Shahrizan Mansor di Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) Taman Pauh Indah, Pauh, Arau, Perlis.

Muhammad Aizat Sebri, 25 dari Kampung Baru, Lubok Machang, Chuping amat menghargai bantuan FAMA ini.

“Ia sebagai pemberi semangat untuk saya lebih yakin bahawa bidang pertanian mempunyai masa depan yang cerah kepada orang muda seperti saya,” katanya.

Katanya, minat dalam pertanian tercetus apabila terlibat membantu saudaranya di pasar tani semasa berhijrah ke Selangor beberapa tahun lalu,” katanya.

Muhammad Aizat

Muhammad Aizat berkata, telah dua tahun beliau mengusahakan tanaman jagung dan juga juga bendi.

Beliau yang menyewa tanah bagi tujuan pertanian itu mengakui mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa.

Katanya, dengan adanya Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) di Taman Pauh Indah ini juga memudahkan petani untuk memasarkan hasil.

Sementara itu, Shahrizan Mansor memberitahu, FAMA sentiasa memastikan petani Ladang Kontrak terus mengeluarkan hasil serta memasarkannya secara berterusan.

Katanya sehingga kini terdapat 400 petani yang terlibat dalam ladang kontrak di Perlis.

“Kita mengalu-alukan jika ada petani yang berminat menyertainya boleh menghubungi pihak FAMA,” katanya kepada Suara Merdeka.

Shahrizan berkata, sehingga kini terdapat 10 PPL di seluruh Perlis.

“Tujuh hanya beroperasi semasa musim mangga Harumanis,” katanya.

Beliau berkata, tiga PPL iaitu di Taman Pauh Indah, Sungai Baru dan Simpang Empat ini khusus bagi pemasaran buah dan sayur. – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button