JenayahNasional

Petani disyaki rogol adik kandung ditahan

SEORANG lelaki berusia 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas dia disyaki merogol adik kandungnya sehingga hamil.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, suspek yang bekerja sebagai petani ditahan di rumahnya di Kampung Beta Hulu Kadok, Kota Bharu, pukul pukul 2.50 petang semalam.

Katanya, perkara itu terbongkar selepas mangsa berusia 13 tahun mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, Selangor akibat sakit perut.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang juga pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini mengatakan melakukan hubungan seks bersama abang kandungnya beberapa kali.

“Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa sehingga mangsa disahkan mengandung enam bulan setengah iaitu 26 minggu,” katanya dalam kenyataan.

Zaki berkata, hasil pemeriksaan ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek, negatif dadah.

“Hasil semakan rekod pula mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 9 Jun dan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya. – SM

(Visited 441 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button