Nasional

57,729 mahasiswa sudah pulang ke rumah

SEHINGGA hari ini, seramai 57,729 mahasiswa sudahpun meninggalkan kampus untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Jumlah itu dilaporkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selepas melaksanakan inisatif itu sejak 27 April lalu.

BACA > Wanita tenat akibat keracunan puding buih meninggal dunia — Suara Merdeka

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam sahaja seramai 915 mahasiswa dihantar pulang melalui tujuh penerbangan.

Katanya, bagaimanapun masih ada lagi mahasiswa yang berada di kampus, namun akan dihantar pulang dalam masa terdekat.

“Tiada pergerakan penghantaran pelajar pulang dijadualkan pada hari ini.

“Seramai 702 pelajar masih berada di kampus dan akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut memaklumkan status rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

BACA > Bubar DUN Johor: Pemuda UMNO setuju titah Sultan Ibrahim — Suara Merdeka
BACA > Mengapa mahu `dicarik’ institusi presiden UMNO tonggak BN? — Suara Merdeka

Menurutnya, seramai 49,206 rakyat Malaysia dari luar negara menjalani kuarantin wajib sejak 3 April lalu sejurus tiba di negara ini.

“Semalam seramai 400 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari Singapura, Indonesia, China, Qatar serta Jepun dan dikuarantin wajib.

“Sehingga hari ini, seramai 38,341 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” jelasnya.

Tambah beliau, orang ramai digesa supauya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat satu kluster baharu Koronavirus (Covid-19) dikesan di sebuah pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dalam kluster berkenaan enam individu dijangkiti.

BACA > PKPB rentas negeri: Pahang, Melaka, Selangor catat tiga negeri tertinggi langgar SOP — Suara Merdeka
BACA > Boleh kerjakan haji atau tidak diketahui minggu depan — Suara Merdeka

Tambahnya, kluster berkenaan kemungkinan berkait dengan aktiviti kunjung-mengunjung sempena sambutan Aidilfitri. – SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button