Hiburan

Ampunkan kami penunggu gua! Bersih sudah nama Zul Ariffin

UMPAMA kelmarin buat salah, semalam minta maaf, hari ini dilupakan. Generasi hari ini, beginikah amalan yang diajar kepada mereka iaitu buat dulu kesalahan, apa ada hal. Boleh minta maaf dan masyarakat terima.

Bagi umat Islam di Malaysia khasnya, 3 April ini, kita semua akan menunaikan ibadah puasa dan dalam menunggu ketibaan Ramadan, sewajarnya kita buat persiapan mana-mana yang patut.

Bukannya lagi dekat nak bulan puasa, ditularkan video adegan panas untuk drama Melayu yang akan ditayangkan di kaca televisyen.

Kisah drama apa lagi kalau bukan drama berjudul Perempuan lakonan Zul Ariffin. Nama pelakon lelaki yang sudah pun dikenali ramai. Dia digandingkan dengan Siti Hariesa, pelakon baharu. Gara-gara adengan ala-ala filem Hollywood, adengan panas berkenaan, berdesup naik followers atau pengikut Siti Hariesa di media sosial.

Itu yang dikejar oleh pelakon baharu dan stesyen penyiaran. Rating babe, rating kena berjuta. Followers kena cecah 1 juta, barulah trending, barulah dapat tawaran shooting atau job atau job offers.

Entah mana belajar agaknya, video tular bagi populariti pada si polan dan jadi femes. Dunia alaf baharukah atau dunia akhir zaman?

Jangan palitkan dunia seni dan industri hiburan tanah air dengan taik sebab ramai yang menjadikan bidang ini sebagai kerjaya, sebagai periuk nasi dan sumber pendapatan.

DRAMA yang mencipta kontroversi panas suku pertama tahun 2022, PEREMPUAN dengan adegan panas.

Entah macam mana director’s cut adegan panas itu boleh terlepas dan dimuat naik oleh aktor itu sendiri yang sepatutnya, fikir sebelum dimuat naik ke mana-mana platform media sosial.

Kalau pun ia satu arahan daripada pengarah, tak kanlah tak boleh fikir, Zul Ariffin yang berusia lebih 30 tahun. Tak kanlah tak ada prinsip dan pendirian sendiri dan tak mungkin takut tak dapat job lagi. Yang mana satukah jawapan paling sesuai untuk diberikan pencerahan kepada masyarakat.

Sang aktor dah buat permohonan maaf kepada umat manusia. Dengan Allah SWT? Terpulanglah.

SENIWATI SAADIAH

Sebagai pelakon, nak sangat digosipkan kerana nak nama naik cepat. Nak peminat kenal. Zaman sekarang, nak ditularkan baru popular.

Kalau zaman dahulu, zaman atau era Allahyarham Seniwati Saadiah, Normadiah, Kasmah Booty, Roseyatimah, Zaiton, nama mereka masyhur kerana lakonan bukan kerana gosip atau kerana adengan panas.

Tak percaya, pergi cari Mak Nani (Datuk Rosnani Jamil) dan belajar dari Mak Nani, cara nak popular, cara nak orang kenal tanpa gosip panas. Tanpa adengan ranjang panas.

Jangan biarkan seni dan lakon ditelanjangkan oleh aktor dan pelakon wanita yang mencari tapak. Jangan biarkan diri para pelakon ditelanjangkan oleh pengarah.

Dan pengarah pula, jangan mudah nak telanjangkan sesiapapun kerana karya seni anda itulah yang akan diangkat jika ia bagus.

Seperkara lagi, jangan disebabkan susu setitik, rosak susu sebelanga. Fikir maruah pengarah-pengarah terdahulu dan maruah pelakon-pelakon lama yang masih cari makan dalam bidang seni lakon. – SM

(Visited 797 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button