NegeriRencah Hidup

Apom Balik Pak Choh dari Nat Ke Nat kekal diminati anak Perlis

APOM balik Pak Choh. Pastinya mana-mana anak Perlis yang berkunjung ke pekan sehari atau dikenali Nat pastinya sangat menggenali apom balik lejen ini.

Sekalipun Pak Choh, 89, yang memulakan perniagaan ini sejak tahun 1957 sebelum diambilalih oleh anaknya Naziman, 59 pada tahun 1984, apom balik ini tetap mendapat tempat di hati penggemarnya.

Kata Naziman, perniagaan apom balik yang diwarisinya itu sudah berusia 65 tahun.

Apom Balik Pak Choh masih kekal diminati oleh pengunjung Nat di Perlis.

“Nama pun masih kekal Apom Balik Pak Choh, nama ayah yang mengasas perniagaan ini,” katanya yang sudah 38 tahun mengusahakan perniagaan ini.

Beliau berkata, resipi asal apom balik ini ayahnya mempelajari dari bapa saudaranya.

Naziman berkata, dia pula mewarisi perniagaan ini setelah ayahnya mengambil keputusan untuk bersara sebaik balik dari menunaikan fardhu haji.

Beliau bernasib baik kerana dibantu oleh adiknya, Shamsul 54 yang melakukan kerja membungkus apom balik untuk pelanggan.

NAZIMAN JUSOH

Setakat ini katanya, beliau hanya menjual apom balik di Nat sahaja.

“Antaranya Nat Balai Baru pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu, Nat Batu 2 (Selasa), Nat Mata Ayer (Ahad) mulai pagi sehingga tengah hari,” katanya.

Katanya, biasanya jika berniaga di Nat Balai Baru pada hari Sabtu dia menggunakan 47 kilogram tepung.

“Macam di Nat Batu Dua hari ini hanya 25 kilogram tepung saja,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini dia menggunakan 20 biji kuali tembaga yang digunakan untuk memasak apom balik.

Katanya, beliau bercadang untuk menambah kuali ini di Nat Balai Baru memandangkan sambutan yang menggalakkan.

“Saya kesian melihat pelanggan terpaksa menunggu lama,” katanya.

Beliau bernasib baik kerana dibantu oleh empat anak muda yang merupakan saudaranya.

“Saya telah mencurahkan ilmu membuat apom balik ini untuk mereka warisinya,” katanya yang berasal dari Padang Pauh.

Apom balik Pak Choh bukan sahaja sedap tapi dijual dengan harga yang berbaloi iaitu 70 sen untuk biasa dan “special” hanya RM1.50 sekeping – SM

(Visited 489 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button