Politik

AMK gesa SPRM siasat Ahmad Amzad

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk memulakan siasatan terhadap calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Afiq Ayob berkata, pencalonan Ahmad Amzad menimbulkan tanda tanya meskipun mahkamah memutuskan pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Kami pelik kenapa Perikatan Nasional (PN) masih mencalonkan individu sama,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Isnin.

Sementara itu, seorang lagi Exco AMK Pusat, Bryan Ng Yih Miin berkata, adalah wajar SPRM melakukan siasatan terhasap Ahmad Amzad selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meneliti semula pencalonan Pas itu.

“SPRM serta SPR perlu melakukan sesuatu demi menjaga kepentingan awam,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Ahmad Amzad selepas membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong.

Pada PRU15 lalu, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu selepas memperoleh 63,016 undi sekali gus menewaskan Mohd Zubir (22,109 undi), calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi) dan calon PH, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (10,946 undi).

Pada PRK kali ini Ahmad Amzad bertembung dengan calon BN yang juga bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail daripada PKR sebagai calon mereka.

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button