Politik

Keputusan diharap bukan penghujung karier politik Najib

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diharap bukan pengakhiran kepada karier politik beliau.

Ini kerana, masih banyak lagi proses undang-undang yang boleh dilalui bagi Ahli Parlimen Pekan itu bagi membuktikan dirinya tidak bersalah atau sebaliknya.

Sistem kehakiman negara memberi peluang kepada individu yang disabitkan bersalah membuat permohonan rayuan.

Ia boleh dibuat di peringkat lebih tinggi sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.

Justeru, keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi itu hanyalah muktamad di peringkat tersebut. Ia masih lagi boleh dibicarakan di peringkat lebih tinggi.

BACA > Najib masih boleh jalankan tugas sebagai ahli Parlimen — Suara Merdeka

“Saya berasa amat sedih dan simpati dengan keputusan yang dijatuhkan kepada Datuk Seri Najib.

“Namun saya yakin ini bukanlah, penghujung dan akhir kepada karier politik beliau dan proses perundangan tetap akan berjalan.”

Demikian ulasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui wartawan Suara Merdeka hari ini.

Tambahnya, beliau juga akan berbincang dengan kepimpinan parti sekiranya terdapat impak politik terhadap UMNO.

Menurut beliau, Najib Razak diyakini masih mempunyai peluang untuk membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan termasuk kes berkaitan SRC International Sdn. Bhd (SRC). dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, beliau yakin keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak akan memberi cerminan buruk kepada parti.

“Namun, dari segi politik, sesuatu akan dianalisis dan diperbincangkan tentang kesan-kesan politik (parti) yang akan berlaku selepas keputusan ini dibuat oleh mahkamah,” katanya.

BACA > Najib, SRC: Rakyat patut bersedih – Haniff — Suara Merdeka

Terdahulu, Hakim, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta terhadap Najib Razak.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas beliau didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung skandal SRC.

Ketujuh-tujuh kesalahan itu disabitkan keatas beliau selepas pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pendakwaannya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menzahirkan keyakinan terhadap mahkamah yang membuat keputusan tanpa pengaruh politik.

“Saya menghormati keputusan mahkamah, namun intepretasi yang berbagai tentunya tidak dapat dielakkan.

BACA > Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta — Suara Merdeka

“Saya harap mahkamah membuat keputusan mengikut pertimbangan perundangan.

“Bagi sesuatu penjelasan yang dibuat saksi pendakwa dan pembela tentunya harus diambil kira.

“…di dalam sesuatu keputusan yang dibuat dalam penghakiman dengan tidak merujuk kepada kes ini (SRC). Tetapi secara umumnya begitulah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, perbicaraan yang melibatkan Ahmad Zahid berhubung kes Yayasan Akal Budi, dilaporkan wujud perjanjian saham terbatal.

Memetik laporan Suara Merdeka hari ini, pelaburan yang dibuat oleh Yayasan Akal Budi dalam syarikat Ri-Yaz Assets Sdn. Bhd., gagal.

BACA > Perjanjian saham terbatal, Yayasan Akal Budi dapat balik wang pelaburan – saksi — Suara Merdeka

Namun wang pelaburan bernilai kira-kira RM8.6 juta itu dipulangkan kembali kepada yayasan. – SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button