Nasional

Amaran hujan sangat lebat – Jabatan Meteorologi

JENGUK ke luar tingkap, cuaca mendung dan kalau teringat banjir yang berlaku sejak Jumaat lalu, ia amat membimbangkan. Bahkan penduduk yang terjejas banjir masih lagi terperangkap sehingga ke hari in.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran bahaya, merah, dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku melibatkan tujuh daerah di Perak.

Tujuh daerah berkenaan ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi lagi, amaran tahap buruk, jingga, juga dikeluarkan.

Ia membabitkan Kedah iaitu di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang, Perak di Kerian, Larut, Matang, Selama dan Kuala Kangsar.

Amaran jingga juga dikeluarkan kepada Pahang iaitu di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

Selain itu, amaran tahap waspada, kuning, dengan hujan berterusan dijangka berlaku melibatkan beberapa lokasi di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

“Sebanyak lapan negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang terkesan dengan banjir melanda di seluruh negara sejak kelmarin.

“Ia ekoran Lekukan Tropika membadai selatan Filipina apabila fenomena berkenaan mengukuhkan angina timur laut bertiup ke kawasan Semenanjung Malaysia dengan membawa lembapan tinggi di kawasan pantai timur dan merentasi Semenanjung Malaysia,” kata jabatan berkenaan. – SM

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button