Politik

Jangan meroyan tanpa baca kandungan MoU kerajaan-PH

1. TS Annuar Musa membuktikan yang beliau betul apabila menyatakan bahawa MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) TRANSFORMASI DAN KESTABILAN POLITIK tidak tamat pada 31 Julai 2022.

2. Di hantaran fb beliau, dia kepilkan dokumen-dokumen berkaitan sebagai rujukan.

3. Perkara 2.1 menyatakan, “Memorandum Persefahaman ini hendaklah berkuat kuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14.” Maka Annuar Musa betul apabila beliau membetulkan salah faham mengenai kononnya MOU ini akan berakhir pada 31 Julai 2022.

4. Perkara 3.1 pula menyebut, “Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 haribulan Julai 2022.” Sekali lagi Annuar Musa betul apabila menjelaskan perkara ini di dalam sidang medianya di Kota Kinabalu.

5. Annuar juga menyebut, MOU ini adalah persefahaman antara Kerajaan dengan Pembangkang. Mungkin Isham tidak sedar perkara ini dan andaikan MOU ini adalah antara parti dengan parti.


6. Dikepilkan juga rakaman sembang politik antara TS Annuar dan pegawai-pegawainya bagi menjelaskan isu-isu politik semasa.

(Visited 150 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button