AgamaNasionalNegeriPolitik

Mengejutkan.. Inilah 135 NGO Yang Dikritik Kerana Sokong YDPA Dan PN Melawan Pandemik!

Sebanyak 135 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengeluarkan satu kenyataan sepakat menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan usaha melawan pandemik.

Dalam masa sama, 135 NGO tersebut turut menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengekalkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional pada 4 Ogos lalu.

Menurut Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dalam satu kenyataan, gabungan NGO tersebut menjunjung tinggi perkenan Agong atas kepercayaan Baginda bahawa Muhyiddin masih mempunyai majoriti untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri dan mengetuai pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam masa sama, gabungan NGO berkenaan menyeru semua parti politik Melayu Islam bermuafakat dan mengutamakan kepentingan nyawa rakyat berdepan dengan pandemik COVID-19 dari kepentingan politik peribadi dan kumpulan.

“Antara pendirian kami adalah kesal dengan segelintir Ahli Parlimen tertentu yang menarik sokongan kepada kerajaan semasa, sedangkan pembentukan kerajaan kini adalah persetujuan bersama oleh Ahli Parlimen Melayu Islam.


“Sehubungan itu, gabungan NGO kami menyeru Ahli Parlimen Parti Melayu Islam kembali bersama kerajaan Perikatan Nasional demi agama, rakyat dan negara,” kata kenyataan tersebut.

135 NGO tersebut mengeluarkan satu kenyataan sepakat bagi menunjukkan tanda sokongan kepada Agong yang percaya Muhyiddin mampu menguruskan pandemik COVID-19 sehingga pengakhirannya.

Dalam masa sama, gabungan NGO tersebut menyeru rakyat Malaysia menyokong dan mempertahankan kerajaan semasa sebagaimana titah perkenan Agong yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri.

“135 NGO ini turut mendoakan Agong agar terus menaungi kerajaan, rakyat dan menstabilkan pemerintahan dan pentadbiran negara,” katanya kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, terdapat 135 NGO yang memberikan sokongan terhadap Agong dan Muhyiddin dan berikut adalah senarai yang perlu diketahui serta disebar luas :

Kenyataan bersama ini disokong oleh 135 Gabungan NGO-NGO Islam di bawah:

1. Konfederasi NGO Kelantan (KNK)
2. Sekretariat Kongres Rakyat 2.0
3. Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping
4. Yayasan Amal Malaysia
5. Muktamar Dakwah Malaysia
6. Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti)
7. Persatuan Kebajikan Khadijah Malaysia (KHADIMAH CARE)
8. Jaringan Muafakat Intelektual Negeri Kelantan (JAMIN)
9. Pertubuhan Prihatin Sumaiyyah Kuala-Lumpur (SUMAIYYAH CARE)
10. Pertubuhan Ilmuan Dan Profesional Intelek Malaysia (PROTEAM)
11. Pertubuhan Madinah Prihatin
12. Persatuan Pegawai Kontrak Perkhidmatan Negeri Kelantan (PKPN)
13. Pertubuhan Kebajikan Amal Nur Mastika
14. Pertubuhan Kebajikan OKU dan Asnaf Wangsa Maju
15. Pertubuhan Kebajikan Wanita Muslimah (PEKANITA)
16. Persatuan Sukarelawan Wanita Islam Sarawak (PERWANIS)
17. Sahabat Perihatin dan Kebajikan Komuniti Gerik (Sahabat Gerik)
18. Pertubuhan Khidmat Sabah
19. Pertubuhan Lepasan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Kelantan (LUHAM Kelantan)
20. Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu (AMM)
21. Pertubuhan Prihatin Rakyat, Kinta, Perak (PRIHATIN RAKYAT)
22. Kelab Anak Muda Sejahtera (KAMS BERA)
23. Pertubuhan Wangsa Hijau Lestari
24. Pertubuhan Kebajikan Muafakat Sejahtera Kinta Perak
25. Persatuan Halaqat Muqarrabin Bota Kiri Perak Tengah Perak
26. Pertubuhan Amal Wanita Daerah Pokok Sena.
27. Pertubuhan Kebajikan Muslim Putra Mahkota
28. Pertubuhan Sukarelawan Pendidikan Komuniti Malaysia (AKADEMI KAWAN)
29. Pertubuhan Kebajikan Hulu Langat Sejahtera
30. Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Pasir Gudang (PG CARE)
31. Persatuan Siswazah Serdang Prihatin (PERSIP)
32. Persatuan Belia Prihatin (PBP)
33. Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP)
34. Petubuhan Wanita Cakna Sejahtera (WAJAH)
35. Persatuan Sukarelawan Ummah Bangi (PSUB)
36. Kelab kebajikan dan Sosial iCare Puncak Alam
37. Kelab Kebajikan Anak Tebrau (KKAT)
38. Pertubuhan Sri Gading Sejahtera
39. Persatuan Progresif Perikemanusiaan Selangor
40. Pertubuhan Cinta Pertiwi
41. Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Pagoh Prihatin
42. Persatuan OKU berdaya hulu Langat
43. Persatuan Prihatin Wanita Subang (PRIWANIS)
44. Kelab Penggiat Media Sosial Wanita Inspirasi Terengganu (MASWIN)
45. Pertubuhan Kinrara Prihatin
46. Pertubuhan Kebajikan Sahabat Prihatin Tanjung Piai
47. Pertubuhan Pagoh Prihatin Johor
48. Persatuan Kebajikan Wanita Subang (BALQISH)
49. Pertubuhan Kebajikan Islam Pagoh
50. Kumpulan Wanita Islam Kapar (KWIK)
51. Pertubuhan Lestari Alam Selangor (Alam Selangor)
52. Kelab Belia Sejahtera Islam (BAHTERA)
53. Pertubuhan Kebajikan Dan bakti Ledang
54. Pertubuhan Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA)
55. Untukmu Sandakan
56. Kulai Prihatin
57. Pertubuhan Muslim Braders Kerian
58. Kelab Titian Rohani Pasir Mas (Ketitir)
59. Pertubuhan Intelektual & Graduan Kelantan (i-Grad)
60. Misi Kembara Dakwah
61. Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan
62. Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
63. Pertubuhan Generasi Sejahtera Kelantan (Gentera)
64. Kelab Kebajikan Kota Bharu (KKKB)
65. Kelab Rekreasi Kota Bharu (KRKB)
66. Pertubuhan Dhuafa Sejahtera
67. Sandakan Prihatin
68. Pertubuhan Warga Cakna (CAKNA)
69. Kelab Kepimpinan Kelantan
70. Pertubuhan Kebajikan AlFateh Kelantan
71. Kelab Sahabat Cakno
72. Pertubuhan Kebajikan Generasi Madani Sejahtera (GM-Sejahtera)
73. Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Cawangan Pahang
74. Pertubuhan Kebajikan Istiqamah Pahang
75. Majlis Pengetua SMU(A) Bantuan Kerajaan Kelantan
76. Awang Daud Martial Arts Academy (ADMAA)
77. Pertubuhan Khadijah Prihatin Taiping Perak
78. Pertubuhan Kebajikan Wanita Erat Perak (ERAT)
79. Pertubuhan Pertubuhan Kebajikan Muwafakat Wilayah Persekutuan
80. Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al Ansari (Melaka)
81. Pertubuhan Hijrah Insan (Melaka)
82. Profesional Diploma Relawan Muslim (Melaka)
83. Angkatan Wanita Istiqomah (Melaka)
84. Generasi Melaka (Melaka)
85. Rakan Pemotoran Melaka (Melaka)
86. Pertubuhan Pembela Ummah Perak
87. Pertubuhan Cinta Khazanah Alam Perak
88. Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) bersama 10 Gabungan Bersekutu
89. Pertubuhan Rakan Segambut
90. Persatuan Inspirasi Generasi Nurani-ISGEN
91. Persatuan Kebajikan Penyayang Bangi (PKPB)
92. Persatuan Kebajikan Assakinah (ASSAKINAH)
93. Persatuan Pendidikan Bushra (BUSHRA)
94. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
95. Majlis Belia Islam Malaysia (MIM)
96. Muslim care
97. My Hawa
98. Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS)
99. Pertubuhan Pendidikan Ar Rahman (Terengganu)
100. Kelab SBushra Profesional (KSPRO)
101. Pertubuhan Kasih Umi Gombak (UMICare)
102. Persatuan Surirumah Dan Wanita DUN Tepoh (SURINITA)
103. Pertubuhan Kebajikan Muslimat Selangor (PKMS)
104. GENERASI
105. Abrar Care Malaysia (ACM)
106. Cakna Rakyat Malaysia (CRM)
107. Pertubuhan Insan Ihsan Batu Gajah
108. Pertubuhan Sakeenah Perak
109. Pertubuhan Kebajikan Ihtimam (Ihtimam Prihatin ) Cg
110. Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulama (GENG USTAZ)
111. Sabah Relief
112. Pertubuhan Kebajikan Cakne Rakyat Bentong, Pahang.
113. Pertubuhan kebajikan khadijah Bentong, Pahang
114. Pertubuhan Ilmuan Bachok
115. Pertubuhan Prihatin As-Syarqawi Kelantan (PRESTASI)
116. Persatuan Kebajikan Wanita Selangor (Bakewanis)
117. Persatuan Kebajikan An Nafi’ (PEKA)
118. Fitrah i Care
119. Pertubuhan Kebajikan Wanita Melaka Sejahtera
120. Pertubuhan Wanita Islam Milenia (PERWIM)
121. Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Kelantan
122. Pertubuhan Prihatin Johor Bahru, Johor (JB Prihatin)
123. persatuan semarak prihatin masyarakat Perak (SEMARAK)
124. Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia Cawangan Kota Kinabalu (PERAKAN MALAYSIA)
125. Persatuan Sukarelawan Tun Teja Melaka (Tun Teja)
126. Gerakan Pembela Ummah Kedah
127. Gerakan Pembela Ummah Pulau Pinang
128. Gerakan Pembela Ummah Kelantan
129. Gerakan Pembela Ummah Terengganu
130. Gerakan Pembela Ummah Pahang
131. Gerakan Pembela Ummah Johor
132. Gerakan Pembela Ummah Melaka
133. Gerakan Pembela Ummah Negeri Sembilan
134. Gerakan Pembela Ummah Wilayah Persekutuan
135. Gerakan Pembela Ummah Selangor

(Visited 299 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button