Nasional

Zamri Misman Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara baharu

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan bahawa Zamri Misman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang baharu berkuatkuasa 22 Mac 2023 (Rabu) menggantikan Datuk Ruslin Jusoh.

Zamri, 51, telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pernah bertugas di pelbagai Agensi Persekutuan termasuklah di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan kemudiannya bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, di Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada masa yang sama JPN merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ruslin Bin Jusoh atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada JPN.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, W.P. Putrajaya melalui e-mel [email protected] atau di talian 03 – 8880 7077. – SM

(Visited 518 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button