Nasional

Kerajaan akan diperkenalkan rangkaian kedua 5G awal tahun depan

KERAJAAN akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu yang akan diwujudkan pada awal 2024.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diambil selepas melaksanakan penelitian menyeluruh mengenai impak kesan pelaksanaan 5G ketika ini.

Beliau berkata, entiti baharu itu akan menjadi rangkaian kedua selepas pelaksanaan 5G ketika ini melalui Digital Nasional Bhd (DNB).

“Rangkaian 5G di Malaysia melalui DNB akan diteruskan sehingga mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk menjelang akhir 2023.

“Selepas mencapai 80 peratus liputan, model rangkaian 5G tunggal oleh DNB akan beralih kepada model dwi rangkaian pada Januari 2024,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Fahmi berkata, keputusan rangkaian kedua 5G dan peralihan kepada model dwi rangkaian dibuat berdasarkan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan fan inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif. – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button