Hiburan

Aktres Korea Go Soo Jong meninggal dunia pada usia 24

DIA mula mendapat perhatian dalam kalangan peminat hiburan Korea apabila buat kali pertama muncul dalam drama televisyen Goblin pada 2016.

Go Soo Jung juga terlibat dalam drama televisyen Solomon’s Perjury dan muncul dalam video muzik untuk lagu BTS, With Seoul.

Tetapi dunia hiburan Korea kehilangan sebutir lagi permata apabila agensi yang mewakili artis itu, Story J, mendedahkan hari ini bahawa Go telah meninggal dunia baru-baru ini kerana sakit.

Upacara pengebumian dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat.

Portal koreaboo melaporkan aktres itu meninggal dunia pada 7 Februari.

Menurut agensinya itu, Go, 24, akan terus diingati melalui senyumannya yang menceriakan dunia.

Para peminatnya pula meminta pada netizen supaya memberi keluarganya ruang untuk berkabung.

Mengakui Go meninggal kerana sakit, seorang peminat menulis: “Berhenti buat andaian dan spekulasi. Tahukah anda (perbuatan itu) akan melukakan keluarganya yang masih meratapi pemergiannya?” – SM

Tags

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button
Close
Close