Hiburan

Titipan selamat tinggal Cikgu Shafi buat Sandra undang rasa sayu

Pemergian arwah Sandra Dianne yang juga seorang daripada peserta program Big Stage 2020 mendapat perhatian ramai peminat industri muzik tempatan.

Bukan sahaja rakan artis, guru vokal yang juga dikenali sebagai Cikgu Shafi juga menitipkan kata-kata akhir buat arwah mengundang rasa sayu netizen.

Cikgu Shafi disifatkan sebagai individu yang sangat rapat dengan arwah memandang dia merupakan seorang daripada tenaga pengajar vokal di dalam program tersebut.

Menurut Cikgu Shafi, perkenalannya dengan Sandra walaupun singkat tetapi dek kerana keakraban mereka telah menjadikan hubungan itu rasa seperti sesuatu yang lama.

“Saya bersyukur kerana berpeluang untuk mendidiknya, membentuk peribadinya, dan menasihatinya agar terus positif.

“Subuh tadi adalah kali terakhir saya melihat wajahnya dan hati ini rasa terlalu rapuh,” katanya.

Sandra telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.

Arwah telah terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membuat latihan persembahan di Putrajaya. -SM

(Visited 421 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button