Hiburan

Aishah & MPO-A symphonic Rendezvous realiti dan impian

KALAU ada suara-suara sumbang yang menyindir dan mengata, Aishah dah tak boleh menyanyi kerana faktor usia, Itu satu kenyataan yang tidak bijak dan dihamburkan kata-kata itu kerana dia bukan peminat Aishah.

Selama 37 tahun Datuk Wan Aishah Wan Ariffin mendambakan dirinya dalam bidang seni tanah air, selama itulah rupa-rupanya beliau memendam rasa untuk menyanyi dengan iringan orkestra penuh atau full orchestra.

Alhamdulillah, malam ini impian dan hasrat Aishah menjadi kenyataan apabila beliau berdiri di tengah pentas Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC untuk menjayakan persembahan, Aishah & MPO-A symphonic Rendezvous.

Menurut Aishah, persembahan itu sepatutnya berlangsung lebih awal lagi sejurus beliau ‘dilamar’ oleh MPO untuk mengadakan persembahan.


Disebabkan oleh pandemik Covid-19, selama dua tahun persembahan Aishah dengan iringan MPO tertunda.

Dalam pada itu, Aishah terkena Covid-19, bukan sekali tetapi dua kali. Ekoran itu, 20 peratus paru-parunya terjejas.

Persembahan Aishah dipimpin oleh Konduktur Muzk Ahmad Muriz Che Rose selama dua jam amat menghiburkan.

Tidak ada detik yang membosankan kerana Aishah bijak berinteraksi dengan penonton yang memenuhi setiap bangku atau tempat duduk di dalam dewan tersebut.

Tidak kiralah pada yang sama, rakan artis lain juga mengadakan persembahan tetapi para peminat Aishah hadir untuk memberikan sokongan terutamanya Aisah Fan Club selain kehadiran keluarga dan rakan taulan beliau.

Kalau ikutkan percaturan, Aishah mempunyai lebih 160 buah lagu yang dirakamkan dan beliau mengakui, agak pening untuk memilih lagu-lagu untuk persembahan pada malam ini.

Secara peribadi, susunan muzik lagu Camar Yang Pulang oleh Maestro Muriz memberi satu kelainan apabila Aishah mendendangkan lagu tersebut.

 

Enak di halwa telinga dan lagu-lagu yang dipersembahan oleh Aishah, membawa nostalgia pada tahun 1992 sehingga kini.

Itulah penyanyi malar segar yang berusia 57 tahun tetapi apabila berdiri di atas pentas dengan MPO, vokal yang dipamerkan oleh Aishah umpama ‘dia telan kaset atau CD!’ Seolah-olah mendengar suara yang dirakam di studio rakaman. Itulah kehebatan dan kelebihan Aishah.

Mengenakan dua pasang pakaian, pereka fesyen Razman Razmi Couture bijak menghasilkan dress labuh merelip-merelap untuk dipakai oleh sang penyanyi.

Cantik dan nampak elegan apabila Aishah berdiri dengan pakaian rekaan Razman Razmi. Sesuai dan ternyata pereka fesyen tahu apakah yang terbaik untuk Aishah pada malam bersejarah.

Mengakhiri persembahan dengan lagu berhantu dulu, kini dan selamanya, Janji Manismu, malam ini semua peminat Asiah yang hadir menyaksikan persembahan beliau malam ini, pulang ke rumah dan tidur lena sambil tersenyum.

Sekalung tahniah buat Datuk Wan Aishah Wan Ariffin dan pastinya para peminat tegar menunggu tahun depan, sebuah lagi konsert dari Aishah. – SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button