Hiburan

Beraninya Beto, buat aksi bahaya tanpa stuntman

SIAPA yang tidak mengenali Beto Kusyairy, seorang pelakon yang berbakat dan sentiasa berjaya membawa setiap watak yang diterimanya.

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon popular, Nabila Huda di Twitter miliknya telah berkongsi sebuah video pendek yang memaparkan Beto Kusyairy dibakar dengan api dalam satu penggambaran filem Halimunan.

Dalam video tersebut, Beto Kusyairy dilihat melakonkan adegan yang berbahaya tersebut tanpa melibatakan ‘stuntman’.

Nabila Huda menzahirkan rasa kagum dan berkata aksi yang dilakukan oleh Beto perlu diberikan pujian kerana untuk melakukan aksi tersebut memerlukan keberanian yang sangat tinggi.

“Ini lah Beto Kusyairy semua! Pelakon macam ini perlu 1M (juta) pengikut ke? Ini memang gila. Kalau tak de orang hargai tak tahu lah. Beto antara yang terbaik!,” ciapnya di Twitter.

Perkongsian Nabila Huda itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji Beto.

“Beto ini memang layak jadi legend dah, tak perlu 1 Juta pengikut pun. Siapa yang menhargai bakat dia lebih tahu. Dia pelakon kegemaran saya,” kata seorang pengguna Twitter.

Terdapat juga netizen yang berasa kagum kerana Beto tidak menggunakan ‘stuntman’ untuk melakonkan aksi tersebut. -SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button