fbpx
Alam SekitarNasional

Air Terjun Tanjung Batu: Exco Pas cuba lari?

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd. Akmal Kamarudin, dilihat cuba melarikan diri berhubung isu Air Terjun Tanjung Batu di Beruas, Perak.

Beliau dilihat sedemikian apabila mendakwa air terjun yang terletak di Segari itu dikatakan masih terpelihara dan tidak terjejas.

Sedangkan air terjun tersebut menerima implikasi teruk daripada projek kuari di dalam Hutan Simpan Segari Melintang.

Sedangkan, para aktivis dan organisasi bukan kerajaan (NGO) pula berpendapat bertentangan dengan Mohd. Akmal selepas mereka sendiri membuat tinjauan dan menyiasat.

“Dalam isu ini, saya berpendapat agar kerajaan negeri Perak dapat duduk bersama NGO-NGO dan aktivis-aktivis alam sekitar untuk sama-sama berbincang, bertukar-tukar maklumat dan bekerjasama dalam mencari penyelesaian.


MOHD. AKMAL KAMARUDIN

“Kerana saya yakin isu ini masih belum selesai kerana masih timbul pelbagai tanda tanya dalam kalangan rakyat.

“Di sini, kerajaan negeri Perak boleh tunjukkan tauladan yang baik kepada negeri-negeri lain dengan bekerjasama dengan NGO-NGO dan aktivis-aktivis yang mahu menyalur maklumat, menyumbang bakti dan tenaga.”

Kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan hari ini mengulas jawapan diberikan Exco Perak berhubung kejadian menimpa Air Terjun Tanjung Batu.

Terdahulu, sekeping gambar tular dalam media sosial memaparkan kemusnahan terhadap Air Terjun Batu akibat tapak projek kuari yang terletak berhampiran.

Bagaimanapun, Mohd. Akmal menafikan tempat rekreasi itu terjejas sebaliknya menjelaskan alur air itu terbentuk hasil daripada satu takungan air di kawasan setinggi 200 meter di dalam kawasan yang diberi lesen di dalam Kompartmen 16 ( Blok E), Hutan Simpan Segari Melintang.

JALUR GEMILANG
AMINUDDIN YAHAYA

Tambahnya lagi, air terjun berkenaan berada di luar kawasan yang diberi lesen mengusahasil pengeluaran batu kuari iaitu berjarak satu kilometer dari tapak pengkuarian tersebut.

Walau bagaimanapun, Aminuddin menambah, kerajaan negeri patut mengambil tindakan tegas terhadap pemaju yang melanggar undang-undang tanpa mengira latar belakang syarikat.

“Selain itu, saya berharap agar pemaju yang melanggar undang-undang diambil tindakan tegas kerana sepatutnya tiada siapa pun yang ‘above the law’ walaupun mereka itu adalah syarikat gergasi sekalipun.

“Kita akan terus memerhati isu ini, kerana masih banyak yang belum jelas dan banyak tanda tanya yang masih belum terungkai.

“Saya harap agar rakan-rakan NGO-NGO di sana dapat merungkai lagi maklumat-maklumat yang belum diketahui,” tegasnya. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button