Nasionalpilihan

Polis geledah rumah Ebit Lew petang tadi

RUMAH pendakwah bebas, Ebit Lew di Setia Alam dilaporkan telah mula digeledah oleh polis bermula petang tadi.

Menurut laporan Kosmo!, ia adalah susulan tiga buah kenderaan yang disyaki polis bermula pukul 4.15 petang.

Kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah juga dilihat memasuki kawasan perumahan itu.

Kenderaan tersebut juga dilihat telah keluar dari kawasan perumahan itu kira-kira pukul 5.13 petang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pasukan penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan membuat kerja-kerja penggeledahan di kediaman Ebit dalam usaha mencari bahan bukti termasuk telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan.

“Penggeledahan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Namun begitu, saya tidak dapat pastikan bila pegawai penyiasat kes akan ke rumah beliau (Ebit) sama ada hari ini atau esok, itu kena tanya mereka sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ebit Lew hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti mana yang tular menerusi video, baru-baru ini. -SM

(Visited 627 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button