Nasional

SPRM siasat skandal tanah Perak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu siasatan akan dijalankan terhadap aduan berhubung isu skandal tanah di Perak.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad khusairi Yahaya berkata, siasatan tersebut susulan aduan yang terima daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) di Ipoh, Perak

“Kita berharap semua pihak tidak mengulas lanjut dan memberikan ruang bagi siasatan dijalankan secara telus dan profesional,” katanya.

Pagi tadi, Putra membuat laporan kepada SPRM susulan surat tular di media sosial berhubung skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, pendedahan itu dilihat membimbangkan apabila pemberian secara sah itu melibatkan lebih 1,200 hektar tanah di seluruh negeri.

Menurutnya, kebimbangan itu berasas apabila tanah turut diberikan kepada syarikat yang baharu ditubuhkan hasil semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Difahamkan banyak lagi kelulusan sedang diberi kerajaan Perak kononnya untuk pembangunan ladang hutan tetapi bertujuan mengambil kayu balak sehingga mengakibatkan masalah alam sekitar terutamanya di Hutan Simpan Kledang Saiong yang merupakan kawasan tadahan air.

“Ada kelulusan diberikan kepada syarikat yang ditubuhkan pada Ogos 2018 tidak sampai setahun tetapi sudah mendapat tanah seluas 298.4 hektar tanah. Difahamkan ada tender terbuka, bila tender diiklankan dan apakah dasar yang melayakkan sebuah syarikat tanpa pengalaman menguruskan tanah?” katanya. -SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button