Ekonomi

Perolehan Minetech naik 32 peratus

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Pakar kejuruteraan awam dan pengeluar produk bitumen Minetech Resources Berhad (Minetech) mencatatkan kenaikan hasil sebanyak 31.9 peratus kepada RM26.9 juta bagi suku kedua berakhir 30 September lalu berbanding RM20.4 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Manakala syarikat mencatatkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM1.5 juta bagi suku dalam tinjauan berbanding LBT sebanyak RM4.7 juta pada tahun lalu.

Pemgarah Eksekutif Minetech Matt Chin berkata, pihaknya terus melihat prestasi kewangan syarikat bertambah baik dengan kerugian yang lebih kecil daripada sumbangan hasil yang lebih tinggi daripada Lombong Emas Selinsing bahagian kejuruteraan awam berikutan peningkatan jumlah kerja serta dari Lebuhraya Cheras-Kajang, Bukit Wangsa Brezza dan GM Emerald Square.

“Kami telah melihat peningkatan ketara dalam sumbangan hasil daripada bahagian pembuatan terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jualan enamel salutan dan produk asfalt yang ditiup akibat daripada permintaan yang lebih baik daripada pasaran domestik dan luar negara,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, walaupun pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang lebih kukuh berdasarkan angka KDNK suku ketiga Malaysia, Minetech melihat peningkatan risiko kelembapan pada 2023 kerana ketidaktentuan global yang berpunca daripada konflik Rusia-Ukraine, kelembapan China dan tekanan inflasi terus mempengaruhi sentimen.

“Kami terus menekankan pelbagai langkah kawalan kos dan penjimatan tunai dan pada masa yang sama meneroka peluang yang telah menyaksikan kami menerokai teknologi dan inovasi serta menembusi aktiviti pembinaan peringkat kedua. Inisiatif ini telah membantu kami mengharungi badai dan terus mencipta nilai untuk pemegang saham dan lain-lain, ” katanya lagi.

Bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2023, Minetech mencatatkan peningkatan 36.9 peratus dalam hasil kepada RM50.9 juta berbanding RM37.2 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Syarikat merekodkan LBT sebanyak RM3.1 juta dalam tempoh tinjauan berbanding RM9.1 juta pada separuh pertama tabun kewangan lalu.

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button