Nasional

Air Selangor: Bekalan air ke 472 kawasan pulih sepenuhnya bermula 9 pagi ini

BEKALAN air di 472 kawasan di lima daerah di Selangor yang mengalami gangguan air tidak berjadual pada petang Selasa sedang dipulihkan secara berperingkat mulai 9 malam Selasa dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi ini (4 Mei).

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri berkata gangguan air itu disebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ditutup pagi ini berikutan pencemaran bau yang dikesan di pintu masuk stesen pam air mentah Jenderam Hilir, yang beroperasi semula pada 3.30 petang pada Selasa.

“Proses rawatan air sedang dijalankan bagi memastikan bekalan air bersih dan air terawat dapat dibekalkan kepada pengguna.

“Bagi kawasan terjejas yang menerima bekalan air daripada LRA Bukit Tampoi, pihak berkuasa Air Selangor akan mengaktifkan sumber bekalan air alternatif daripada LRA Sungai Semenyih untuk kegunaan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza-beza bergantung kepada lokasi premis pengguna dan tekanan air dalam sistem agihan bekalan air.

Beliau berkata bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna, dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal dan Air Selangor sedang mengambil langkah untuk meminimumkan kesan gangguan kepada pengguna.

Air Selangor akan membuat pengumuman secara berkala mengenai perkembangan berhubung kejadian itu melalui semua medium khususnya media massa dan pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi pusat panggilan Air Selangor di talian 15300.

Pengguna juga boleh mengemukakan soalan atau aduan melalui pusat Bantuan Air Selangor yang boleh diakses di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, menerusi ciapan di akaun twitter rasminya pagi ini menyatakan bahawa pada jam 7:30 pagi ini, status pemulihan bekalan air akibat hentitugas empangan yang berpunca dari pencemaran telah mencapai tahap 100% dari segi kawasan dan akaun pengguna. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button