Nasional

Kerajaan setuju teruskan bantuan khas kepada pesara Januari-Disember 2024

Pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember 2024, kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu, dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri.
Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan supaya bayaran PKKP dilaksanakan bagi tempoh Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.
Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.
“Keputusan pemberian bantuan PKKP merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara, selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.
(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button