JenayahLuar Negara

Agensi model kanak-kanak Thailand didakwa atas “koleksi” gambar penderaan seks kanak-kanak

Polis Thailand telah menangkap ketua agensi pemodelan kanak-kanak setelah lebih daripada 500,000 gambar kanak-kanak tidak senonoh ditemui disimpan dalam komputer.

Danudetch “Nene” Saengkaew, 23, telah dituduh melakukan penderaan seksual kanak-kanak dan memuat turun gambar penderaan kanak-kanak.

Penyiasat mengatakan gambar tersebut ditemui dalam satu serbuan yang dijalankan di Nene Modeling Agency, di utara ibu kota Bangkok.

Serbuan itu merupakan puncak operasi selama sebulan yang dimulakan dengan maklumat dari polis Australia.

FBI dan polis New Zealand juga terlibat dalam penyiasatan ini, kata para pegawai, di samping dibantu oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyelamatkan mangsa pemerdagangan seks.

Menurut Bangkok Post, Nene Modelling Agency di wilayah Pathum Thani adalah salah satu agensi pemodelan kanak-kanak yang terkenal di Thailand.

Jabatan Siasatan Khas Thailand (DSI) mengatakan bahawa mangsa termasuk kanak-kanak Thailand dan juga ribuan yang lain dari pelbagai negara.

“Ini adalah industri pornografi kanak-kanak dan kami bangga telah berjaya menjejaki jenayah ni”, kata Khemachart Prakyhongmanee, Timbalan Pengarah DSI.

Dia juga dalam satu kenyataan mengatakan fail gambar yang dirampas di agensi Nene telah disusun ke dalam “folder” yang berbeza mengikut negara.

Selain fail gambar, kostum dan mainan kanak-kanak juga dirampas.

Portfolio yang dijumpai oleh polis semasa serbuan itu mendakwa agensi itu telah bekerja dengan lebih daripada 8,400 model dan pelakon kanak-kanak sejak 2013.

Kolonel Polis Korrawat Panprapakorn, Ketua Pengarah DSI, memberitahu wartawan bahawa serbuan itu berlaku setahun setelah pihak berkuasa Australia menghubungi mereka.

Kol Korrawat mengatakan jumlah bukti yang ditemui meyakinkan penyiasat bahawa agensi itu pasti menjadi “tulang belakang“ kes penderaan ribuan kanak-kanak.

Danudetch telah didakwa memindah gambar pornografi ke dalam sistem komputer dan menganiaya kanak-kanak di bawah umur, lapor Bangkok Post.

(Visited 568 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button