AgamaNegeri

MAIPs peruntuk RM7 juta kepada ATAM laksana program

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menerima mengadap tetamu bersempena Majlis Santapan Tengahari Aidilfitri di Balai Bankuasi Istana Arau.

MAJLIS Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM7 juta bagi pelaksanaan program berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bagi tahun ini.

ATAM ditubuhkan oleh MAIPs dengan matlamat untuk melaksanakan program-program khas ke arah melahirkan asnaf berdikari melalui pelbagai program latihan dan penempatan pekerjaan selain melaksanakan program bimbingan keusahawanan kepada asnaf di negeri ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor bersempena Majlis Santapan Tengahari Aidilfitri di Balai Bankuasi Istana Arau.

Tuanku Tengku Fauziah diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menerima mengadap tetamu bersempena Majlis Santapan Tengahari Aidilfitri di Balai Bankuasi Istana Arau.

Sejak dijenamakan pada 2017, pelbagai program latihan dalam bidang TVET dan kemahiran dilaksanakan oleh ATAM yang telah memberikan manfaat kepada lebih 1300 asnaf melalui program latihan dan penempatan pekerjaan dan pelbagai lapangan bidang.

Mohd Nazim berkata, bagi memastikan program yang ditawarkan dapat memberikan impak yang optimum, ATAM akan melaksanakan program penerapan jatidiri dengan memberikan penekanan ketika fasa pemilihan peserta.

“Kejayaan dan keberkesanan program adalah elemen penting yang mesti diberikan perhatian oleh ATAM agar tujuan dan maksud penubuhannya akan tercapai,” jelas beliau.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan mengurnia cendera kenangan kepada cucuanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra bersempena Majlis Santapan Tengahari Aidilfitri di Balai Bankuasi Istana Arau.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda Baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Di kesempatan itu juga, Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis menzahirkan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H’ dan “Taqabbalallahu minna wa minkum” kepada seluruh rakyat negeri ini yang Baginda kasehi. – SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button