Nasional

191 PKD diaktif sebagai pusat daftar vaksin luar bandar

Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah mengaktifkan 191 buah Pusat Komuniti Desa (PKD) sebagai Pusat Daftar Vaksin (PDV) Luar Bandar.

Menurut menteri, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad pusat-pusat tersebut telah diaktifkan sejak 20 Mei lalu.

“Bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam mendaftar sebagai penerima vaksin, pengaktifan PKD sebagai pusat daftar vaksin luar bandar ini akan melibatkan sebanyak 191 buah PKD di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin yang mensasarkan pemberian vaksin sehinggai 80 peratus rakyat Malaysia sebelum hujung tahun ini.

Katanya, sebanyak 139 buah PKD telah mempunyai kemudahan internet manakala 52 buah PKD lagi dalam proses pemasangan perkhidmatan internet.

“Bagi 52 buah PKD yang sedang dalam proses pemasangan perkhidmatan internet, pendaftaran luar talian akan dilaksanakan menggunakan aplikasi khas yang dibangunkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi,” kata beliau.

Menurut beliau, lokasi PKD yang terletak di kawasan luar bandar serta kebolehan dan pengalaman pengurus-pengurus PKD dalam membantu mengendalikan proses pendaftaran secara teratur, tepat dan cepat akan membolehkan kerajaan meningkatkan jumlah pendaftar dan penerima vaksin di seluruh negara.

Selain itu juga, KPLB akan turut membantu agensi kerajaan yang lain dalam meningkatkan promosi dan publisiti serta menerangkan mengenai keperluan pengambilan vaksin kepada masyarakat luar bandar menerusi agensi-agensi sedia ada.

KPLB sehingga kini telah berjaya mendaftarkan seramai 2,481 orang penerima vaksin sejak awal Mei.

Kementerian menyasarkan peningkatan sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus jumlah pendaftaran vaksin sedia ada serta mempercepatkan lagi proses imunisasi Covid-19 terutama masyarakat luar bandar.-SM

 

 

 

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button