NasionalNegeri

Romli Mustafa dilantik Pengarah Maritim Malaysia Kedah/Perlis baharu

LAKSAMANA Pertama Maritim, Romli Mustafa dilantik sebagai Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah/Perlis yang baharu.

Romli daripada Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim (BKPM) Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya menggantikan Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi Abdullah.

Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi yang menerajui ibu pejabat Maritim Kedah dan Perlis sejak 29 Mei 2020 dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia Ibu Pejabat Maritim Putrajaya pada 17 Mei lalu.

Mohd. Zubil Mat Som (empat dari kiri), Romli Mustafa (tiga dari kiri) dan Mohd Zawawi Abdullah (empat dari kanan) bergambar dengan para pegawai Maritim Malaysia Kedah/Perlis. – GAMBAR IHSAN MARITIM MALAYSIA KEDAH/PERLIS.

Majlis serah terima tugas serta acara penyerahan Pedang Scimitar telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kedah/Perlis di Bukit Malut, Langkawi.

Ia sebagai tanda simbolik bagi penyerahan tugas.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som menyaksikan penyerahan tugas ini.

Turut hadir Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah; Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis; Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal; Ketua-ketua Bot dan Ketua Pos serta warga Maritim Kedah/Perlis.

Dalam ucapannya, Mohd Zubil berharap kecemerlangan Maritim Kedah/Perlis dapat diteruskan dengan pimpinan Romli.

Selepas majlis berkenaan juga diadakan sambutan Aidilfitri bagi Maritim Malaysia Kedah/Perlis yang diadakan di Pejabat Operasi Maritim Kedah/Perlis. -SM

(Visited 1,193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button