Nasional

Abdul Hadi stabil, perlu rehat – Anak

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke dalam Institut Jantung Negara (IJN)  untuk mendapatkan rawatan malam tadi dalam keadaan stabil.

Anaknya, Muhammad Khalid yang berkesempatan bercakap dengan Abdul Hadi pagi ini berkata, Ahli Parlimen Marang itu memerlukan masa untuk berehat.

Dia yang berkesempatan berbual dengan ayahnya pagi ini memohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan Abdul Hadi.

“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

“Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah,” katanya.


Abdul Hadi telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya semalam. Beliau dibawa ke hospital itu pada pukul 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas.

Beliau kemudiannya dirujuk ke IJN pada pukul 9.50 malam.-SM

 

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button