Nasional

Bahang PRU Singapura sudah terasa

ANALISIS

Kenapa Singapura buat Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum tamat tempoh mandat kerajaan sekarang yang sepatutnya berakhir pada April 2021. Tahun 2021, tahun hadapan.

Persoalan itu tidak diajukan atau dibangkitkan kerana perspektif luaran melihat politik di negara jiran kita stabil, ekonomi mereka kukuh dan tiada pemimpin dalam kalangan kerajaan yang terpalit dengan siasatan rasuah atau dihadapkan ke mahkamah.

Singapore is a clean country. Singapore is a fine country… itu tagline yang sering menjadi ucapan dalam kalangan orang luar atau orang asing yang masuk ke negara republik itu sama ada untuk mencari rezeki atau sebagai pelancong.

Tidak mengapa dengan tagline yang bukan rasmi itu. Kita fokus kepada PRU Singapura kali ini disifatkan paling penting dan bersejarah dalam politik Singapura.

PRU kali ini bukan kerana diadakan dalam keadaan wabak Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya tetapi perkara pokok mengapa PRU Singapura kali ini paling penting dalam sejarah ialah kerana proses demokrasi diadakan ketika sokongan kepada kerajaan semakin menyusut.

Dalam keadaan sebegini, Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Brigeder Lee Hsien Loong bertanding di semua kawasan.

PAP adalah sebuah parti yang amat kukuh kedudukannya dan rekod mereka, menang setiap pillihan raya sejak kemerdekaan Singapura pada 1965.

PAP boleh berdiri tanpa tongkat kerana mereka tidak pernah gagal memperoleh lebih 60 peratus undi.

Parti manakah yang menjadi pesaing utama PAP kalau bukan Parti Pekerja. Ya, pada PRU yang lepas, kata orang, Parti Pekerja jangan kempunan kerusi langsung.

Pada PRU lalu, enam kerusi menjadi pengubat hati Parti Pekerja daripada 89 kerusi Parlimen yang sedia ada.

Selain PAP dan Parti Pekerja, turut bertanding dalam pilihan raya kali ini ialah Parti Kemajuan Singapura (PSP).

Bermula hari ini, 30 Jun 2020, bahang PRU Singapura sudah dapat dirasai apabila proses penamaan calon diadakan.

Aturan kelazimannya, selepas proses penamaan, kempen akan berlangsung selama lapan hari sebelum tempoh bertenang selama 24 jam dan diikuti hari memilih pada 10 Julai ini nanti.

18 Tempat Menarik Di Singapura Yang Popular Dikunjungi Pelancong ...

Secara keseluruhan terdapat 93 kerusi dewan dipertandingkan dan menjadi rebutan wakil rakyat semasa hari pengundian.

Kepada rakyat Singapura, selamat mengundi pada 10 Julai. – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button